Search
Close this search box.
Pencapaian Malaysia dalam sukan badminton telah menarik perhatian media Rusia, dengan permintaan agar juara badminton Malaysia melatih pemain Rusia. Foto hiasan Envato

Pencapaian Malaysia dalam badminton tarik perhatian media Rusia

ByBernama

KAZAN (Tatarstan, Rusia), 16 Mei: Pencapaian Malaysia dalam sukan badminton telah menarik perhatian media Rusia, dengan permintaan agar juara badminton Malaysia melatih pemain Rusia.

Permintaan itu dibangkitkan pada sidang media Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia, Profesor Dr Maszlee Malik di pusat media Forum Ekonomi Antarabangsa ke-15 “Rusia-Dunia Islam: KazanForum 2024” di sini pada Rabu.

Permintaan itu dibuat kepada Maszlee dalam bahasa Rusia dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris melalui jurubahasa.

Sebagai balasan, Maszlee berkata beliau akan menyampaikan permintaan itu kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk jaguh badminton negara termasuk Datuk Lee Chong Wei, melatih pemain Rusia.

Bercakap kepada media Malaysia selepas sidang media itu, Maszlee berkata permintaan itu adalah satu penghormatan bagi negara.

Maszlee berkata selain bangga, beliau sangat gembira dan teruja.

Terdahulu, dalam sidang media itu beliau menjelaskan mengenai diplomasi budaya, satu kertas kerja yang beliau bentangkan dalam satu daripada sesi di KazanForum pada Rabu.

Forum itu bermula pada 14 Mei hingga 19 Mei.

Beliau menyatakan bahawa Festival Filem Islam Kazan akan berlangsung bulan depan di Shah Alam dan Johor Bahru yang dianjurkan oleh IAIS dan Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur.

Tujuh filem dari Kazan mengenai komuniti Muslim Rusia dari Tatarstan akan ditayangkan di Malaysia, katanya.

Ini termasuk pelbagai genre seperti dokumentari, fiksyen, aksi dan filem kartun.

Dalam perkembangan lain, suasana di forum itu kelihatan normal walaupun terdapat berita bahawa Lapangan Terbang Kazan yang terletak berhampiran, ditutup untuk beberapa waktu kerana serangan dron sebelum ia dibuka semula.

Kebanyakan wartawan asing dari pelbagai negara tidak menyedari perkara itu apabila ditanya ketika sarapan jika mereka tahu mengenai penutupan itu.

Setakat ini, penganjur forum belum membuat sebarang pengumuman berkaitan keselamatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan