Search
Close this search box.
Set talam di Mararau Ely Cafe yang menyediakan enam menu hidangan tempatan dalam setiap set. Foto TVS

Mararau Ely Cafe Sibu tawar hidangan set talam RM50 sempena Hari Gawai

SIBU, 1 Mei: Sukar didapati di Bandaraya ini telah mencetus ilham kepada Mararau Ely Cafe Sibu menghidangkan sajian berkonsepkanĀ set talam seperti yang terkenal di Semenanjung Malaysia di sini.

Pengurusnya, Daniel James berkata sajian makanan asli tempatan itu turut tampil promosi sempena Hari Gawai dengan harga RM50 setiap set talam berbanding harga biasa, RM79.

 

Daniel (kiri) ditemu bual pada Majlis Pelancaran Mararau Ely Cafe pada Rabu yang diusahakan bersama sepupunya, Mingat Sulong (kanan). Foto TVS

“Saya mahu membuat kelainan yang belum ada di Sarawak. Kita ada empat set iaitu set talam udang sambal, set talam sotong sambal, set talam ikan patin masak tempoyak, dan set talam masak lemak cili api.

“Untuk setiap set kita ada enam menu iaitu pansuh, ikan talapia masak masam manis, sayur, ayam goreng, asam pedas, ulam-ulaman, telur masin, ikan masin dengan sambal…Yang kita hidangkan bersama satu jug air sirap secara percuma,”Ā katanya.

Daniel berkata demikian ketika ditemu bual TVS pada Majlis Pelancaran Mararau Ely Cafe baru-baru ini.

Daniel yang mengusahakan kafe berkenaanĀ bersama sepupunya, Mingat Sulong turut memberitahu meskipun dijual dengan harga promosi,Ā setiap set talam dihidangkan dengan kuantiti yang sama iaituĀ dapat dinikmati pelanggan secara seisi keluarga sehingga mencecah enam orang.

Berkongsi sambutan terhadap idea perusahaannya, anak jati Limbang itu bersyukur atasĀ sambutan yang amat memberangsangkan daripada warga Sibu.

“Saya pun terkejut melihat maklum balas pelanggan dari hari pertama, hari kedua sehingga hari ni. Memang terbaik Bandaraya Sibu, tak sia-sia saya buat konsep talam ini.

“Satu sebab saya pilih Sibu kerana lokasinya yang terletak di Bahagian tengah negeri ini. Ia memudahkan rakan-rakan dari Kuching mahupun Miri untuk datang ke sini,” ujarnya.

Tambahnya, selain daripada set talam, Mararau Ely Cafe juga turut menyediakan nasi campur dengan lapan juadah lauk yang berbeza setiap hari.

Manakala katanyaĀ pengunjung juga boleh memilih juadah kegemaran mereka di lima gerai lain yang terdapat di Mararau Ely Cafe.

“Setiap gerai menyediakan menu yang berbeza seperti mee kolok, kampua, nasi ayam, nasi ayam penyet, ikan, rojak, dan pelbagai lagi yang berasaskan masakan Melayu dan Cina,” jelasnya.

Dalam pada itu, Daniel berharap agar hidangan di kafenya akan terus diminati warga Sibu serta pelanggan luar dari Bandaraya ini termasuk rakyat Sabah, Semenanjung Malaysia dan Indonesia.

Mararau Ely Cafe beroperasi setiap hari bermula 6 pagi hingga 10 malam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan