Search
Close this search box.
Majlis pelancaran 'Pepsi in Borneo' baru-baru ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Pepsi lancar lagu, tin minuman khas bercorak Gawai dan Kaamatan pada 10 Mei

ByYusuf Shukri

KUCHING, 1 Mei: Pepsi menampilkan tin minuman versi eksklusif terbaharu ‘Pepsi in Borneo’ dengan menerapkan dua elemen perayaan di Malaysia Timur bersempena sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan yang menjelang tiba.

Lebih mengujakan, syarikat minuman bekarbonat itu turut melancarkan sebuah lagu khas yang berjudul ‘Happy Gawai Kaamatan’ yang menjadi tema kepada ‘Pesta Tuai Pepsi’.

Menurut Timbalan Presiden (VP) Pemasaran Etika Group of Companies, Amy Gan, inisiatif pihaknya kali ini ingin mempamerkan penghargaan kepada para pelanggan setia mereka terutama dari kedua-dua wilayah iaitu Sabah dan Sarawak.

“Pasaran Malaysia Timur adalah penting untuk perniagaan kami dan sejak tahun lepas, Pepsi merupakan jenama minuman tidak beralkohol pertama yang membuat rekaan ekslusif untuk pesta menuai.

“Ini adalah cara kami untuk menunjukkan penghargaan kepada pelanggan kami di sini,” kata beliau semasa ditemu bual TVS selepas majlis pelancaran Pepsi in Borneo, baru-baru ini.

Majlis terdahulu menyaksikan rekaan tin baharu itu menampilkan corak padi berwarna emas di bahagian bawah tin yang mencerminkan kemakmuran dan kelimpahan.

Manakala kilauan aneka warna corak tradisional pula menggambarkan para penggiat seni dan kraf di Sabah dan Sarawak.

Rekaan tersebut menurut Amy hanya boleh didapati di kedua-dua wilayah berkenaan yang merupakan hasil karya artis Daphne Siaw dari Sarawak dan Charles Mawan dari Sabah.

Amy juga mendedahkan ini merupakan kali pertama syarikatnya menerbitkan sebuah lagu untuk kedua-dua perayaan tersebut dan berharap lagu tersebut dapat memeriahkan sambutan menjelang Gawai dan Kaamatan.

Tambahnya, lagutema berkenaan akan diiringi dengan muzik videonya sendiri dengan kerjasama TVS dan bakat tempatan.

“Kami menyedari bahawa musik dan tarian merupakan sebhagaian besar dalam perayaan pesta menuai dan menjadi impian kami untuk menggubah sebuah lagu yang senang untuk dinyanyikan bersama.

“Di Sabah dan Sarawak, kita juga tahu ramai penggiat seni berbakat yang sentiasa memartabatkan budaya masing-masing.

“Jadi kami percaya dengan rekaan tin serta lagu baharu ini, pelanggan kami boleh mengamati perayaan pada tahun ini dengan lebih meriah,” katanya lagi.

Lagu ‘Happy Gawai Kaamatan’ merupakan hasil gubahan Ramles Walter dan Galvin Patrick manakala liriknya dihasilkan dengan kerjasama Ramles Walter dan Dabra Sia.

Menariknya lagu tema itu juga turut dihasilkan dalam tiga bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Iban dan Kadazan-Dusun.

Lagu dan muzik video tersebut bakal dilancarkan pada 10 Mei ini dengan menampilkan penyanyi tempatan seperti Jimmy Palikat, Clarice John Matha serta Personaliti TVS, Steward Dawi dan Priscilla John.

Seterusnya, Amy memberitahu pihaknya kini merancang untuk melancarkan lebih banyak program berkonsepkan muzikal pada perayaan yang lain selepas ini.

“Kita tahu banyak pesta yang diadakan di Sabah dan Sarawak seperti Pesta Muzik, Pesta Makanan dan sebagainya.

“Jadi nantikan lebih banyak lagi aktiviti menarik daripada Pepsi untuk pelanggan kami di Malaysia Timur,” kata Amy. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan