Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyerahkan sijil penghargaan kepada kontraktor semasa Majlis Sambutan Jam Kerja Selamat Tanpa Kecederaan Masa Hilang (LTI) Di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman pada Jumaat. Foto TVS

JKR perlu nilai semula tahap keselamatan kawasan guna khidmat feri sebagai akses ke jalan penghubung – Uggah

SRI AMAN, 15 Mac: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak melakukan penilaian semula terhadap tahap keselamatan di kawasan yang menyediakan perkhidmatan feri sebagai akses ke jalan penghubung.

Beliau menegaskan penilaian semula ini penting bagi memastikan keselamatan semua pihak terlibat akan lebih terjamin selain bagi mengelakkan sebarang insiden buruk berlaku.

Menurut beliau, tindakan tegas harus dikenakan kepada mana-mana pihak yang enggan mematuhi peraturan atau mengikuti langkah keselamatan yang ditetapkan seperti memakai jaket keselamatan atau mengendahkan sebarang arahan petugas.

“Saya harap JKR akan mengambil langkah untuk menentukan siapa yang tidak mengikut peraturan akan dikenakan tindakan tegas bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.

“Jadi saya minta JKR menilai semula kawasan feri di Sarawak seperti di Marudi sudah mahu jatuh dan cari cara untuk kita menaik taraf tahap keselamatan yang mana ianya merupakan perkara penting kepada semua pihak,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Jam Kerja Selamat Tanpa Kecederaan Masa Hilang (LTI) Di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman pada Jumaat.

Dalam pada itu, Uggah berharap semua pihak bekerjasama dalam memastikan keselamatan sama ada bagi pengguna jalan raya atau pengangkutan air berada dalam keadaan selamat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan