Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Dato’ Ir. Ts Abdul Razib Dawood (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy semasa pertukaran MoU di Bangunan Berlian Suruhanjaya Tenaga.

Suruhanjaya Tenaga, SME Corp meterai MoU perkasa PMKS

ByYusuf Shukri

PUTRAJAYA, 22 Mac: Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama SME Corp. Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkasakan aktiviti pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di seluruh negara.

Permeteraian MoU yang diadakan Bangunan Berlian ST di sini juga bertujuan untuk memperluas dan meneruskan hubungan kerjasama antara kedua-dua belah pihak di samping mengalakkan pertukaran dan perkongsian maklumat kepada pemegang taruh dalam memastikan polisi dan program-program yang dipersetujui dapat dilaksanakan secara efektif.

Sementara itu, MoU disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ST, Dato’ Ir. Ts Abdul Razib Dawood yang mewakili ST dan  SME Corp Malaysia diwakili oleh CEO Rizal Nainy.

Menurut satu kenyataan hari ini, Razib berkata ST yang memainkan peranan penting sebagai badan kawal selia sektor tenaga negara berharap agar pemeteraian MoU itu berupaya meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua belah pihak terutamanya yang melibatkan program pembangunan PMKS.

“Ini turut merangkumi program-program kesedaran kecekapan tenaga dan keselamatan elektrik dan gas berpaip dalam kalangan PMKS,” katanya.

Manakala, Rizal mendedahkan sebagai Agensi Penyelaras Pusat dalam pembangunan, PMKS akan membantu meningkatkan kesedaran mengenai program berkaitan kecekapan tenaga menerusi kementerian dan agensi yang terlibat.

“Pengurusan Tenaga merupakan salah satu petunjuk asas dalam menilai amalan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam kalangan PMKS berdasarkan Panduan Pantas ESG untuk PMKS,” tambahnya.

Terdahulu, panduan Pantas ESG untuk PMKS telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Februari lepas. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan