Search
Close this search box.
SME Corp menyumbangkan wakalah berjumlah RM10,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima. Foto SME Corp

SME Corp sumbang RM10,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima

ByAhmad Azlan Shah

KUALA LUMPUR, 25 Apr: SME Corporation Malaysia (SME Corp) menyumbangkan wakalah berjumlah RM10,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima sebagai tanda sokongan dan solidariti rakyat Malaysia kepada Paletin.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy berkata sumbangan itu juga sejajar dengan semangat Malaysia MADANI yang menyokong keamanan sejagat.

“SME Corp juga turut menghulurkan sumbangan wakalah kepada dua pusat Tahfiz iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah dan Maahad Tahfiz Darul Muhibbin dari Taman Keramat, Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri SME Corp yang diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Platinum Hotel di KL Sentral, pada Khamis.

Menurut Rizal, majlis hari ini juga meraikan rakan-rakan strategiK SME Corp yang telah membantu dalam peningkatan pembangunan Perusahaan MIkro, Kecil dan Sederhana (PKMS) di seluruh negara.

Rizal memberitahu majlis berkenaan antara lain merupakan platform untuk mengukuhkan hubungan kerjasama dan mengeratkan ukhwah sedia terjalin bersama rakan-rakan strategik yang terdiri daripada kementerian, agensi dan sektor swasta.

“Sokongan padu daripada rakan-rakan strategik SME Corp. Malaysia tentunya dapat membantu dalam memperluaskan jangkauan kami kepada PMKS di seluruh negara,” katanya.

Orang ramai boleh terus menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima menerusi akaun Maybank bernombor 564276510331 atau Bank Muamalat bernombor 14010008844715.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan