Search
Close this search box.
Datuk Mohammad Razi Sitam menyampaikan sumbangan Sejambak Kasih Aidilfitri Bahagian Samarahan di Masjid Al-Muttaqin hari ini. Foto TVS

2,417 penerima bantuan JKM Bahagian Samarahan terima sumbangan Sejambak Kasih Aidilfitri

KOTA SAMARAHAN, 25 Mac: Seramai 2,417 penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Samarahan menerima sumbangan masing-masing menerusi program Sejambak Kasih Aidilfitri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, program itu yang merupakan program tahunan JKM ketika musim perayaan dilaksanakan di seluruh Sarawak membabitkan seramai 16,624 penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM1.6 juta.

“Ini (Program Sejambak Kasih Aidilfitri) akan dikendalikan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian masing-masing masing dengan sesetengah bahagian mengadakan program tersebut lebih daripada dua kali disebabkan bahagian tersebut mempunyai lebih daripada satu daerah.

“Pelaksanaan program ini kita serahkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarat di bahagian berkenaan bagaimana mereka mahu melaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Sejambak Kasih Aidilfitri Bahagian Samarahan di Masjid Al-Muttaqin di sini hari ini.

Seramai 150 penerima hadir dalam majlis terbabit menerima sumbangan bantuan wang tunai berjumlah RM100 serta hamper bernilai RM80.

Menurut Mohammad Razi, bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini, JKM telah menyalurkan bantuan berjumlah RM42.9 juta kepada 54,040 penerima bantuan bulan jabatan berkenaan.

Daripada jumlah itu, seramai 3,582 penerima merupakan mereka yang berasal dari Bahagian Samarahan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM4.1 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan