Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat dan jasa yang disumbangkan dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (Facebook)

Agong hargai pengorbanan warga PDRM, zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-217

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat dan jasa yang disumbangkan dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.

Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM turut menghargai sumbangan serta jasa para pesara polis yang telah mencurahkan sumbangan dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan para syuhada.

“Selamat menyambut Hari Polis Ke-217 kepada seluruh warga PDRM dan para veteran,” titah Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sambutan Hari Polis pada tahun ini masih mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan