Search
Close this search box.
Seramai 60 asnaf dan ibu tunggal Kampung Kerinci menerima bantuan khas Pernas menerusi Program CSR Sinar Ramadan di Masjid Ar-Rahah, Kuala Lumpur, hari ini.

Perbadanan Nasional Berhad sumbang RM20,000, bantu asnaf dan ibu tunggal

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Seramai 60 orang asnaf serta ibu tunggal sekitar Kampung Kerinci menerima bantuan khas RM20,000 sumbangan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) di Masjid Ar-Rahah di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Pernas, Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah berkata program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sinar Ramadan itu bertujuan meraikan dan membantu golongan tersebut dalam persiapan mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Inisiatif Program CSR Sinar Ramadan ini juga adalah sebagai tanda keprihatinan syarikat untuk membantu golongan yang memerlukan untuk persiapan menyambut bulan Syawal,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa Pernas komited dalam melaksanakan CSR mereka berpandukan tiga teras iaitu keusahawanan, pendidikan dan kebajikan masyarakat.

“Pernas berhasrat untuk terus membantu golongan yang memerlukan melalui beberapa inisiatif CSR lain yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan