Search
Close this search box.
Nizam Sani menyerahkan pek makanan berbuka puasa untuk kakitangan TVS kepada Sardon Zainal di pejabat TVS, Kuching, hari ini. Foto Amirah Shawel (TVS)

Bank Rakyat sebar pendidikan kewangan menerusi media

BySalasiah Safian

KUCHING, 25 Mac: Sebagai langkah berwaspada terhadap penipuan berkaitan perbankan dalam kalangan masyarakat, Bank Rakyat akan terus menjalinkan kerjasama dengan media dalam usaha memberi pendidikan kewangan.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat Nizam Sani berkata pendidikan kewangan adalah penting ke arah usaha mendidik masyarakat yang berpengetahuan.

“Bank Rakyat ada menyediakan perkhidmatan dari setiap peringkat umur, sebagai contoh akaun kanak-kanak.

“Celik kewangan ini sangat penting tapi saya rasa ia sama penting untuk kita berkongsi mengenai fraud dan scam. Jadi saya rasa pendidikan mengenai fraud dan scam itu adalah satu benda yang kita akan perbanyakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pek makanan sempena Ramadan untuk kakitangan TVS kepada Ketua Pegawai Media TVS Sardon Zainal di pejabat TVS di sini, hari ini.

Sementara itu menyentuh mengenai program pengagihan pek makanan kepada media, beliau berkata program tersebut diadakan pada Ramadan setiap tahun dengan 1,500 hingga 2,000 pek makanan diserahkan kepada media.

Pada tahun ini, sebanyak 200 pek makanan diagihkan ke pejabat-pejabat media di Sarawak.

“Bank Rakyat merasakan sangat penting untuk kita rapat dengan media. Minggu lepas kita di Sabah dan sebelum ini di Semenanjung Malaysia,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan