Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Majlis Tertinggi PBB di sini malam ini. Foto, TVS.

Prestasi kewangan baik, Sarawak optimis rekod pendapatan jangkau hasil 2023

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 28 April: Kerajaan Sarawak optimis dapat merekodkan pendapatan tahun ini melepasi RM13.3 bilion yang dicatatkan pada 2023.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, unjuran itu mampu dicapai setelah melihat kepada prestasi kewangan yang memberangsangkan dalam tempoh empat bulan pertama 2024.

Jelas Abang Johari, pendapatan Sarawak mula meningkat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2021.

“Pada tahun ini tanda-tanda (peningkatan pendapatan) sudah ada kerana berdasarkan angka yang kita miliki, mungkin pendapatan akan sama seperti 2023 atau lebih.

“Ini baru empat bulan, masih berbaki lapan bulan lagi, jadi keyakinan saya ini berdasarkan angka itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sebuah hotel di sini, malam ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, peningkatan pendapatan Sarawak adalah hasil kecekapan Kerajaan Sarawak menguruskan ekonomi dengan memberi penekanan kepada ekonomi hijau.

Selain itu, Abang Johari berkata, usaha Kerajaan Sarawak menuntut haknya yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga menjadi faktor yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan.

“Cara kita menguruskan ekonomi dapat dilihat dengan pendapatan bertambah dan yang penting kita sudah mengambil hak kita dari Kerajaan Persekutuan iaitu pengambil alihan Pelabuhan Bintulu.

“Dari sudut sumber minyak dah gas pula, kita ada cara untuk dapatkannya,” tambah beliau.

Katanya, kecekapan Kerajaan Sarawak menguruskan ekonomi itu dibuktikan menerusi kejayaan bergelar negeri berpendapatan negeri sebelum 2030.

“Kita terima pengiktirafan awal dari Bank Dunia, saya terkejut sebab sasaran kita pada 2030. Ini dicapai awal disebabkan cara kita menguruskan ekonomi dengan baik dan cara kita untuk mendapatkan dana,” katanya . -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan