Search
Close this search box.

Parlimen: Malaysia kuasai tujuh peratus industri semikonduktor global

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Malaysia kini menguasai tujuh peratus industri semikonduktor global, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara – negara di Eropah, Amerika Syarikat dan China juga menjadikan Malaysia sebagai hab semikonduktor mereka terutama cip bernilai tinggi di rantau ini.

“Eksport cip kita ke Amerika Syarikat mencecah 23 peratus daripada keperluan negara itu dan trend peningkatan ini sangat menggalakkan,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri di sini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Perikatan Nasional – Kubang Pasu) yang ingin tahu strategi dan langkah lerajaan bagi mempertingkatkan nilai dagangan khususnya eksport bagi tahun ini.

Tambah Perdana Menteri, prestasi perdagangan negara telah menunjukkan trend peningkatan untuk dua bulan pertama tahun ini dengan pertumbuhan 8.3 peratus kepada RM446.43 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2023.

“Eksport pula meningkat 3.9 peratus kepada RM233.74 bilion, disumbang oleh kenaikan eksport barangan perkilangan yang turut mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 3.4 peratus kepada RM196.75 bilion,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan