Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika menyerahkan cenderamata kepada Ustaz Syamsul Debat pada Ceramah Motivasi Integriti di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Foto TVS

Penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak detik bersejarah – Douglas Uggah

ByAmirah Shawel

KUCHING, 26 Mac: Penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan Persekutuan kepada pelabuhan negeri baru-baru ini merupakan satu detik bersejarah buat Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau berharap penyerahan pelabuhan itu akan dimuktamadkan menjelang 2024.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat. Perkara ini mampu dilaksanakan atas kerjasama dan persefahaman semua pihak.

“Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak memainkan peranan yang penting dalam pembangunan infrastruktur dan pelabuhan negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menandatangani Perjanjian Persefahaman Penukaran Status Pelabuhan Bintulu Daripada Pelabuhan Persekutuan Kepada Pelabuhan Negeri bersama Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Emas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak pada 22 Mac lalu.

Majlis berkenaan turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sementara itu, Uggah berkata, Tan Sri Abang Johari mahu pengurusan sedia ada Lembaga Pelabuhan negeri ini distruktur semula dan disatukan menjadi satu entiti pelabuhan.

“Beliau juga mengarah kementerian ini untuk melihat potensi pembinaan pelabuhan baharu. Ini sangat mencabar dan kami juga perlu mempunyai tenaga kerja yang efektif,” katanya.

Uggah berkata, bagi memastikan pelaksanaan pelabuhan-pelabuhan di Sarawak adalah bertaraf dunia, kementeriannya perlu memastikan agar pegawai-pegawainya memiliki kemahiran yang tinggi.

Pelabuhan-pelabuhan di Sarawak juga perlu mula mengadaptasi kemudahan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) yang akan mempengaruhi kaedah pengurusan sumber dan pelaksanaan projek pelabuhan negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan