Search
Close this search box.
Datu Buckland Bangik dan Semawi Mohammad semasa program The Wirecard Scandal-A Whistleblower’s Perspective di Kuching, hari ini. Foto TVS

Sarawak kian dikenali di peringkat antarabangsa

KUCHING, 26 Mar: Sarawak kini terkenal di peringkat antarabangsa kerana pembangunan pesat, kaedah pengurusan dan pentadbiran yang cekap.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik berkata orang luar juga tertarik dengan kaedah menangani isu pekerja asing, pengurusan perhutanan dan menangani isu penduduk asal di negeri ini.

“Apa sahaja yang berlaku di Sarawak, seluruh dunia menyaksikannya,” katanya berucap semasa program The Wirecard Scandal-A Whistleblower’s Perspective di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak Semawi Mohammad, Ketua Pegawai Eksekurif SCOPE Joseph Lim dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Latihan Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Dr Intan Rahmah Tazuddin.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran dan integriti korporat dalam kalangan kakitangan awam Sarawak dihadiri lebih 50 wakil dari pelbagai agensi.

Dalam masa yang sama, Buckland turut mahukan semua kakitangan awam Sarawak mengingati semula enam nilai teras yang harus diterapkan semua kakitangan kerajaan negeri.

Nilai berkenaan merangkumi integriti, hormat menghormati, mematuhi undang-undang, baik dan penyayang, etika bekerja yang profesional, kecepatan dan ketepatan masa, semangat berkerjasama dan tindakan dan hasil yang berkesan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan