Search
Close this search box.
Anwar memaklumkan telah menerima kunjungan daripada Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev di pejabatnya semalam. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Banyak peluang boleh diteroka Malaysia – Republik Kyrgyz

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.

Beliau berkata, banyak peluang terbuka untuk diteroka dalam hubungan antara Malaysia dengan negara berkenaan, terutamanya dalam memperkukuh hubungan dagangan dan pelaburan dua hala.

Anwar memaklumkan telah menerima kunjungan daripada Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev di pejabatnya semalam.

“Saya yakin bahawa lawatan ini akan membuka ruang bagi kolaborasi dan mencetus kerjasama yang lebih substantif antara kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook hari ini.

Selain itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap jemputan Presiden Republik Kyrgyz untuk melawat negara itu pada Mei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan