Search
Close this search box.
Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia, Mohd Roslan Abdullah sewaktu Majlis Pelancaran Pakej Pelancongan Sarawak Delta Geopark dan Gawai 2024. Foto Tourism Malaysia.

Pakej Pelancongan Sarawak Delta Geopark tawar 37 pakej unik sekitar Kuching, Bau dan Padawan

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 3 April: Sebanyak 37 pakej ditawarkan dalam Pakej Pelancongan Sarawak Delta Geopark dan Gawai 2024 sebagai inisiatif mempromosikan keunikan produk pelancongan geopark di negeri ini.

Pakej tersebut juga dianjurkan sempena sambutan Hari Gawai di Sarawak akan datang yang menjanjikan pengalaman menarik kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia, Mohd Roslan Abdullah, tawaran termasuk lawatan ke geopark, tapak biologi dan tapak budaya di sekitarnya merangkumi daerah Kuching, Bau dan Padawan.

“Pembangunan pakej tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan pilihan destinasi pelancongan seiring dengan persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Sebanyak 37 pakej pelancongan telah dibangunkan dengan kerjasama 13 operator pelancongan dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia,” katanya pada Majlis Pelancaran Pakej Pelancongan Sarawak Delta Geopark dan Gawai 2024 di Roxy Impiana Hotel, di sini, pada Selasa.

Tambahnya lagi, pembangunan pakej ini juga dapat memangkin ke arah usaha pemeliharaan warisan, sejarah dan budaya selain mempelbagaikan kegiatan ekonomi serta penglibatan masyarakat setempat bagi menjana sumber pendapatan.

Antara pakej-pakej yang ditawarkan termasuklah Pakej Geological, Heritage & Exploration @ Sarawak Delta Geopark, Pakej The Hidden Prehistory & Geological Sites @ Sarawak Delta Geopark, Pakej Cloud Glamping @ Sarawak Delta Geopark, Pakej Nature & Cultural @ Sarawak Delta Geopark, Pakej Gawai Open House at Matop Longhouse, Pakej Babulang Festival in Limbang serta Pakej Irau Aco Lun Bawang Festival.

Kesemua pakej pelancongan tersebut telah dimuatkan di dalam sebuah risalah yang kini boleh dimuat turun di laman sesawang Tourism Malaysia iaitu www.malaysia.travel. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan