Search
Close this search box.
Dato Syeed Mohd Hussein Wan Abd Rahman menunjukkan padi yang ditanam menggunakan Sistem Pengairan Titis di CENTEXS, Kuching, hari ini. Foto TVS

CENTEXS pelopor Sistem Pengairan Titis untuk penanaman padi di Malaysia

ByFebbright James

KUCHING, 3 Apr: Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) berjaya menanam padi menggunakan Sistem Pengairan Titis sebagai projek perintis di pusat berkenaan di Santubong dekat sini.

Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Dato Syeed Mohd Hussein Wan Abd Rahman berkata CENTEXS merupakan yang pertama di Malaysia menggunakan sistem tersebut dalam penanaman padi berbanding sistem konvensional – Sistem Pengairan Banjir.

“Kaedah ini membenarkan kita menggunakan cara ketepatan penanaman, maksudnya kita jamin padi ini tumbuh (dapat dituai) dalam masa tiga bulan dan saiznya juga sama.

“Ketepatan pertanian menggunakan titisan air dan baja yang cukup menjadikan padi dihasilkan berkualiti,” katanya ketika melakukan tinjauan ke tapak penanaman padi di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, sistem berkenaan penting bagi memastikan padi yang ditanam berkualiti tinggi dan konsisten untuk tujuan komersial.

Sistem yang menggunakan tenaga solar itu merupakan inisiatif CENTEXS dalam meneroka penggunaan teknologi terkini untuk sektor penanaman padi.

“Kecerdasan buatan juga memainkan peranan penting dalam sistem yang kami gunakan ini yang berperanan memberi isyarat untuk pam menghasilkan titisan air,” ujarnya.

Pam tersebut akan mengeluarkan satu liter air untuk setiap satu jam bagi setiap keluasan 60 sentimeter padu.

Jelasnya, CENTEXS berhasrat mengembangkan penuaian padi menggunakan Sistem Pengairan Titis di seluruh Sarawak.

Selain membangunkan sistem pengairan, CENTEXS juga turut mengkaji kaedah untuk menghalau haiwan, burung dan serangga perosak daripada mengganggu produktiviti padi.

“Kami menggunakan ‘spinner’ berkilat untuk menghalau burung dan berdasarkan pemerhatian kami juga, tidak ada tikus di kawasan padi ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan