Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus semasa memberi sumbangan kepada penerima. Foto TVS.

Sedia diskaun khas kepada pemegang KGC di sekitar Subis

BEKENU, 3 Apr: Pemimpin akar umbi diingatkan agar mengadakan perbincangan dengan peniaga tempatan untuk menyediakan potongan harga khas kepada pemegang Kenyalang Gold Card (KGC).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus berkata cadangan berkenaan susulan belum terdapat kedai di kawasan tersebut yang menyediakan potongan harga khas kepada pemegang kad KGC untuk melakukan pembelian setakat ini.

“Di Bekenu dan Niah, setakat ini belum ada kedai yang sanggup memberi diskaun khas untuk pemegang KGC, jadi saya berbincang dengan Pegawai Daerah (DO) untuk melakukan perbincangan bersama para pekedai di kawasan Bekenu ini, sekiranya ada antara kedai-kedai itu dapat memberikan potongan harga khas kepada pemegang KGC.

“Kita serahkan dengan mereka untuk melakukannya bersama dengan ketua masyarakat di Subis agar kawasan Bekenu ini ada kedai yang boleh memberikan potongan harga khas kepada pemegang kad tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri di Dewan Masyarakat Bekenu pada Rabu.

Pada masa yang sama Rosey turut mengingatkan pegawai di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Jawatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Bekenu untuk menyemak senarai penerima KGC yang masih belum menuntut kad tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan