Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Dato Syeed Mohd Hussein Wan Abd Rahman memaklumkan pihaknya sedang menjalankan kajian dengan jabatan pertanian menegnai cara untuk merealisasikan hasrat Sarawak sebagai pengeksport terbesar beras. Foto TVS.

CENTEXS kaji adaptasi model perniagaan kelapa sawit untuk komersial padi

ByFebbright James

KUCHING, 3 Apr: Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) sedang melakukan kajian bersama Jabatan Pertanian berkaitan kaedah terbaik bagi merealisasikan hasrat Sarawak sebagai pengeksport terbesar beras.

Ketua Pegawai Eksekutif Centexs, Dato Syeed Mohd Hussein Wan Abd Rahman berkata sektor penanaman padi Sarawak seharusnya menjadikan model perniagaan kelapa sawit sebagai contoh berikutan industri itu dilihat berjaya sehingga menjadikan malaysia sebagai salah satu negara pengeksport minyak kelapa sawit.

“Modelnya ialah baka benih terbaik dihasilkan oleh Sime Darby yang mengeluarkan banyak baka untuk di ekport ke luar. Kedua, ialah mesti adalah pilihan eskport (Export Option).

“Ketiga mesti dikomersialkan oleh syarikat supaya ianya dapat menjadi besar sebab kalau penanaman dan penjualan hanya dijalankan oleh orang kampung ianya tidak dapat menjadi besar. Memang akan memeberi manfaat kepada mereka tetapi tidak dapat jadi besar.

“Kita mahu padi ini untuk dikomersialkan dan harganya akan mengikut harga pasaran antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa membuat tinjauan ke tapak penanaman padi di CENTEXS Santubong pada Rabu.

Ujarnya, model perniagaan adalah sangat penting kerana terbukti model perniagaan kelapa sawit berjaya di Indonesia dan Malaysia.

“Negara kita adalah pengeksport terbesar minyak kelapa sawit. Kenapa minyak kelapa sawit berjaya tetapi padi tidak?.

“Kalau kita ikut model perniagaan minyak kelapa sawit, insya-Allah kita akan dapat menjadi pengeksport padi seperti visi Premier Sarawak,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan