Search
Close this search box.
Allahyarham Jaafar Onn. Foto Jaafar Onn (FB)

Jaafar Onn meninggal dunia

ByTVS

DUNIA hiburan dikejutkan dengan berita pelakon dan penyanyi, Jaafar Onn meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham yang berusia 72 tahun, meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah Serdang pada kira-kira 11 pagi.

“Pakcik saya Jaafar On telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Doakan roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulis anak saudara Allahyarham, Fahmi Aziz menerusi akaun Facebooknya.

Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham mengalami pendarahan ketika membuang air besar.

Selain menjadi pelakon dan pengacara, Allahyarham turut dikenali sebagai pengacara dan tukang masak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan