Search
Close this search box.
Gambar hiasan Envato.

Sarawak catat 75 kes kemalangan maut jalan raya hingga Mac tahun ini

ByBernama

KUCHING, 3 Apr: Sarawak  mencatatkan sebanyak 75 kes kemalangan maut jalan raya dari Januari hingga Mac tahun ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata berdasarkan data polis, kes tertinggi dicatatkan kawasan Miri dengan 15 kes.

Beliau berkata kawasan kedua tertinggi iaitu Padawan yang mencatatkan sembilan kes diikuti Sarikei (enam) serta Sibu (enam).

“Sebahagian dari punca kemalangan ini disebabkan oleh pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang masih berterusan di Miri,” katanya selepas menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya Bagi Musim Perayaan Peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Lee berkata pihaknya akan menjalankan satu kajian terhadap kawasan terdedah kemalangan di semua jalan raya di negeri itu, termasuk Lebuhraya Pan Borneo.

“Ini kerana antara faktor lain (selain kecuaian) yang menyebabkan kemalangan ialah keadaan (infrastruktur fizikal) jalan raya kita,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan