Search
Close this search box.
Gambar hiasan

Sarawak Energy belanja RM42 juta tambah baik bekalan elektrik

SIBU, 3 April: Sarawak Energy Berhad memperuntukkan RM42 juta pada tahun lepas bagi membiayai beberapa projek penambahbaikan di sekitar kawasan Sibu, Kanowit, Kapit, Daro dan Dalat di bahagian tengah Sarawak bagi memastikan kestabilan bekalan elektrik kepada pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili berkata, peruntukan itu melibatkan pembinaan pencawang baharu di Kemuyang, Sibu yang siap pada penghujung 2023 bagi meningkatkan bekalan tenaga elektrik serta menyusun atur semula sistem pengagihan bekalan.

“Selain itu, Sarawak Energy turut melaksanakan projek grid pintar bertujuan mencapai tahap keselamatan bekalan dan kebolehpercayaan yang dikehendaki dalam sistem kami. Projek ini akan disasarkan untuk dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2025,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama Sarawak Energy di Dewan Kompleks Islam Sibu, pada Selasa.

Berucap pada majlis malam tadi, beliau berkata, syarikat pembekal tenaga milik Kerajaan Sarawak itu berjaya menyambungkan bekalan elektrik ke 2,671 penduduk luar bandar di kawasan Sibu, Selangau, Kanowit, Kapit dan Mukah sejak 2018.

“Selaku pembekal tenaga elektrik utama di Sarawak, di bawah bidang kuasa kawal selia Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Sarawak Energy telah mencapai kadar elektrifikasi yang hampir penuh di seluruh negeri,” katanya.

Sharbini berkata, Sarawak Energy telah mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan sebarang gangguan bekalan elektrik sepanjang musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Katanya, langkah-langkah ini termasuk memastikan sistem operasi berfungsi dengan cekap dan langkah-langkah kecemasan telah disediakan untuk membolehkan pemulihan tenaga dijalankan dengan berkesan sekiranya berlaku sebarang gangguan litar pintas.

“Menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma dalam masa seminggu lebih, pihak Sarawak Energy giat meneruskan usaha dalam memastikan bekalan elektrik berterusan sepanjang musim perayaan nanti.

“Kita juga mengalu-alukan kerjasama anda semua untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di mana-mana fasiliti elektrik Sarawak Energy. Kerjasama anda amat kita hargai,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai boleh membuat laporan berhubung sebarang gangguan bekalan atau kerosakan kabel dengan menghubungi Customer Service Centre atau melalui aplikasi mudah alih ‘SEB Cares’ mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan