Search
Close this search box.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak melalui Bahagian Penguatkuasa dan Bahagian Pekerja Asing telah menganjurkan RTK 2.0 bersama pemain industri dari seluruh Sarawak di Ibu Pejabat Imigresen, Jalan Simpang Tiga, Kuching pada Selasa. Foto Jabatan Imigresen Malaysia

RTK 2.0 sasar majikan daftar pekerja asing sebelum 30 Jun 2024

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 3 April: Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) menyasarkan majikan dalam tatacara urusan pendaftaran bagi mereka yang mempunyai pekerja asing sebelum tarikh tamat pendaftaran pada 30 Jun 2024.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Sarawak, Abdul Halim Naili, Sesi Libat Urus Program RTK 2.0 yang dianjurkan di Kuching semalam bertujuan untuk menggalakkan pemain industri yang terlibat menyertai program itu.

“Sesi ini dihadiri seramai 50 orang wakil majikan dari sektor perladangan. Dalam Sesi Libat Urus tersebut wakil majikan diberi taklimat berkenaan tatacara pendaftaran dan proses-proses kerja yang terlibat,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya lagi, para majikan yang mempunyai pekerja-pekerja asing yang telah memenuhi syarat-syarat program boleh berurusan dengan Bahagian Pekerja Asing JIM Sarawak selewat-lewatnya pada 31 Disember 2024 bagi pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Program RTK 2.0 telah dilaksanakan di Sarawak sejak 22 Julai 2023 melalui Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja ( JTK).

Pada Selasa, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak melalui Bahagian Penguatkuasa dan Bahagian Pekerja Asing telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pelaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 bersama pemain industri dari seluruh Sarawak di Ibu Pejabat Imigresen, Jalan Simpang Tiga, Kuching.

Sementara itu, penyertaan Program RTK 2.0 boleh didaftarkan secara atas talian di www.imi.gov.my. atau ke pautan “PORTAL REKALIBRASI.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan