Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa rumah terbuka beliau yang dihadiri oleh Yang di-Pertua Negero Aarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta tetamu kehormat lain. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak sokong PADU, mahu diperjelas lebih perinci – Abdul Karim

ByYusuf Shukri

KUCHING, 13 April: Kerajaan Sarawak menyokong Kerajaan Persekutuan menubuhkan Pangkalan Data Utama (PADU) namun inisiatif itu perlu diperjelaskan secara lebih mendalam, tegas Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, perkara itu bertujuan menangani kerisauan yang membelenggu orang ramai berkaitan keselamatan maklumat mereka yang berdaftar ke dalam sistem tersebut.

Oleh yang demikian, beliau berharap terdapat usaha bagi memperbaiki sistem tersebut telah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Saya percaya secara dalamannya ada perubahan yang dilakukan dan mereka sedang melakukan yang terbaik untuk menambaik baik sistem PADU.

“Dan kita kerajaan Sarawak sememangnya memberi sokongan penuh terhadap inisiatif ini,” kata beliau dalam satu temu bual khas bersama TVS.

Abdul Karim juga menambah bahawa pihak Kementerian Ekonomi Malaysia telah memaklumkan kepada beliau dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa menteri bertanggungjawab, Rafizi Ramli akan turun padang bagi menjelaskan lagi sistem PADU kepada khalayak ramai untuk memberi jaminan dan memupuk keyakinan rakyat Sarawak.

Isu PADU timbul menurut Abdul Karim susulan ramai menyuarakan kebimbingan berkenaan keselamatan maklumat mereka terhadap penggodam yang semakin licik mendapatkan maklumat orang ramai bagi dalam sindiket penipuan.

“Walaupun kita mempunya sistem yang kukuh, undang-undang dan teknologi yang dapat melawan penggodam ini, tetapi kegusaran itu tetap ada.

“Jadi kita harap pihak PADU akan turun padang memberikan keyakinan supaya rakyat dapat mendaftarkan diri tanpa risau maklumat mereka disalahgunakan,” tambah beliau lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan