Search
Close this search box.
Empat pendatang asing tanpa izin yang ditahan polis selepas melarikan diri dari sekatan jalan raya Sungai Lebey di Gerik. Foto PDRM

Polis lepaskan tembakan ke arah kereta lari bawa empat PATI

BALING, 15 April: Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan ke arah sebuah kereta yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika cuba melarikan diri sebelum terbabas di Jambatan Kuala Pegang di sini semalam.

Kereta tersebut sebelum itu dikejar polis sejauh kira-kira 70 kilometer selepas dipecut dari sekatan jalan raya Sungai Lebey di Gerik, Perak kira-kira pukul 4 pagi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, Pasukan Polis Peronda (MPV) Gerik yang melaksanakan Op Kesan berjaya mengesan kereta suspek di sebuah stesen minyak di Kuala Rui, Gerik sebaik melarikan diri dari sekatan.

Katanya, semasa mahu membuat pemeriksaan, suspek terus memecut kereta itu secara berbahaya kepada pengguna jalan raya lain sambil dikejar polis sehingga memasuki sempadan Baling, Kedah.

“Anggota MPV Gerik telah memberi arahan melaui alat perhubungan spectra sebanyak tiga kali, namun suspek enggan menghentikan kereta sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta.

“Bagaimanapun suspek tetap memecut sehingga kereta terbabas dan dua suspek disyaki pemandu dan penumpang hadapan telah melarikan diri ke bawah jambatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Shamsudin, pemeriksaan di dalam kereta kemudiannya menemukan empat PATI di tempat duduk belakang.

“Mereka ialah seorang lelaki dan tiga wanita berusia antara 23 hingga 39 tahun yang tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

“PATI terbabit dan semua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Baling bagi siasatan lanjut,” katanya lagi.

Tambah beliau, seorang suspek yang melarikan diri kemudiannya berjaya ditahan kira-kira pukul 3 petang hari ini di Stesen Bas Gerik, manakala seorang lagi rakannya sedang dikesan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960, Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan