Search
Close this search box.
Penunggang dan pembonceng sebuah motosikal menemui ajal kerana tidak mematuhi lampu isyarat menyebabkan motosikal dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah di Ipoh, semalam. Foto hiasan Envato

Gagal patuhi lampu isyarat, pembonceng dan penunggang motosikal maut

IPOH, 17 April: Penunggang dan pembonceng sebuah motosikal menemui ajal kerana tidak mematuhi lampu isyarat menyebabkan motosikal dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pada 10.30 malam itu, mangsa berusia 17 dan 18 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurutnya, kejadian di simpang tiga lampu isyarat Jalan Jambu itu berlaku apabila sebuah motosikal dari arah Chemor gagal mematuhi lampu isyarat.

“Motosikal itu telah bertembung dengan sebuah kereta dipandu lelaki berusia 30 tahun dari arah bertentangan.

“Ia menyebabkan penunggang dan pembonceng meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Abang Zainal Abidin, pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-884 9163 atau tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan