Search
Close this search box.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja-Kerja Perarakan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2024 Billy Sujang. Foto UKAS

Kontinjen Sabah sertai Perarakan Gawai Dayak Negeri Sarawak 2024 pada 15 Jun

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 19 April: Masyarakat Kadazan Dusun dari Sabah yang bekerja di negeri ini antara peserta yang bakal menyerikan Perarakan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2024 pada 15 Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja-Kerja Perarakan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2024, Billy Sujang mendedahkan bahawa kelainan pada tahun ini menyaksikan penyertaan daripada kontinjen Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Cawangan Sarawak.

“Kelainan pada tahun ini berbanding penganjurannya pada tahun lepas ialah kita tampilkan penglibatan KDCA di mana anak-anak Sabah yang bekerja di Sarawak turut dijemput dalam perarakan ini,” katanya menerusi laporan UKAS di sini, hari ini.

Menurutnya, perarakan tersebut turut membawakan penampilan khas ‘The Bidayuh Ring Ladies’ bagi mewarnai perarakan yang bakal disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sambil diiringi Timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Gawai Dayak 2024, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

“Perarakan kali ini akan diserikan dengan persembahan, kereta berhias, pertandingan ratu cantik serta barisan Unduk Ngadau daripada rakyat Sabah,” jelasnya.

Billy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar berkata pihaknya turut menyasarkan sebanyak 105 kontinjen dengan 3,150 jumlah peserta yang terdiri daripada 12 kumpulan kebudayaan utama di Sarawak menyertai perarakan berkenaan.

Tambahnya, perarakan sejauh 1.28 kilometer itu bakal bermula di Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Waterfront Kuching.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan