Search
Close this search box.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan pada Jumaat bahawa tapak nuklear Iran tidak mengalami kerosakan selepas letupan kedengaran di tengah-tengah dakwaan serangan Israel ke atas negara itu. Foto AFP

Tiada kerosakan kemudahan nuklear Iran susulan letupan – IAEA

ByBernama

ANKARA, 19 April: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan pada Jumaat bahawa tapak nuklear Iran tidak mengalami kerosakan selepas letupan kedengaran di tengah-tengah dakwaan serangan Israel ke atas negara itu.

“IAEA mengesahkan pada Jumaat bahawa tidak ada kerosakan pada tapak nuklear Iran selepas laporan mengenai letupan yang disyaki penglibatan Israel,” kata agensi itu.

“IAEA boleh mengesahkan bahawa tiada kerosakan pada tapak nuklear Iran,” Agensi Anadolu (AA) memetik agensi itu dalam hantarannya di platform X.

Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi terus menyeru agar semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan, katanya.

Agensi itu berkata ia memantau keadaan dengan teliti.

Terdahulu, letupan kedengaran di beberapa bandar Iran pada awal Jumaat, terutama di Isfahan di bahagian tengah dan barat Tabriz di barat laut negara itu, AA memetik laporan Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

IRNA juga mengaitkan bunyi letupan di Tabriz itu adalah berikutan pengaktifan sistem pertahanan udara.

Ketegangan memuncak antara Iran dan Israel selepas Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu pada hari Sabtu sebagai tindak balas kepada serangan 1 April ke atas konsulatnya di Syria, yang mengorbankan tujuh penasihat tentera.

Israel telah berikrar ia akan bertindak balas terhadap serangan Iran itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan