Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Makan Tengahari bersama pelajar Sarawak. Foto Faitullah Morni (TVS)

Premier Sarawak luang masa bersama pelajar Sarawak di Leeds

ByEekbal Yusuf

LEEDS, 20 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Makan Tengahari bersama pelajar Sarawak di sini.

Majlis turut diselitkan dengan sesi perkongsian mengenai Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah yang berlangsung di Poland.

Pada forum berkenaan, Premier Sarawak akan menyertai sesi Debate Regions for the Planet bagi berkongsi perspektif Sarawak ke arah peralihan tenaga boleh diperbaharui serta kelestarian alam sekitar.

Turut hadir  Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Premier Sarawak tiba di Leeds pada Jumaat bagi mengetuai delegasi kerajaan negeri dalam lawatan kerja ke Eropah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan