Search
Close this search box.
Ketiga-tiga suspek berjaya ditahan di Jalan Mukah Selangau dalam serbuan anggota IPD Mukah, pada Sabtu. Foto IPD Mukah

Dadah, polis Mukah tahan tiga lelaki tempatan

MUKAH, 20 April: Tiga buruh tempatan dicekup selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahangunaan dadah dalam satu serbuan di Jalan Selangau Mukah, semalam.

Ketiga -tiga suspek berusia 20 hingga 31 tahun ditahan dalam sebuah kereta ketika operasi pada jam 12.30 tengah hari itu.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, hasil pemeriksaan dalam kenderaan itu, polis menjumpai satu paket kecil lutsinar dan satu keratan tiub straw lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 0.37 gram.

Polis menjumpai satu paket kecil lutsinar dan satu keratan tiub straw lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 0.37 gram. Foto IPD Mukah

“Dadah tersebut dirampas untuk dijadikan barang kes. Kesemua suspek dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian urin mendapati ketiga- tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama iaitu boleh dipenjarakan selama tidak lebih lima tahun atau didenda tidak lebih dari RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda tidak melebihi rm 5000 serta pengawasan polis tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan