Search
Close this search box.
Polis mengesan seorang lelaki yang didakwa mencuri pakaian dalam wanita di Solok Titi Teras 1, Taman Titi Teras Height di sini Ahad lalu. Foto @NeG0Ri9 (Laman X)

Polis buru lelaki curi pakaian dalam wanita

ByTVS

BALIK PULAU, 15 Mei: Polis mengesan seorang lelaki dipercayai mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah di Solok Titi Teras 1, Taman Titi Teras Height di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kejadian itu tular di media sosial apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian itu tular di akaun X @NeG0Ri9 hari ini.

Katanya, polis sebelum itu menerima laporan daripada mangsa kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad lalu yang merupakan wanita warga tempatan berusia 32 tahun.

“Mangsa mendakwa telah menyedari pakaian dalam kepunyaannya yang disidai di ampaian hadapan rumah telah tiada.

“Dia kemudian memeriksa CCTV dan mendapati seorang lelaki tidak dikenali telah mengambil pakaian dalam miliknya di awal pagi sebelum beredar dengan motosikal,” katanya dalam kenyataanpada Rabu.

Ujar Kamarul Rizal, pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan