Search
Close this search box.
Abdul Karim berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Asajaya 2024. Foto TVS

Telaga Air bakal menjadi lokasi baharu acara Pesta Regatta Sarawak

ASAJAYA, 20 April: Kawasan Telaga Air telah dikenal pasti untuk dijadikan lokasi baharu bagi penganjuran Pesta Regatta Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perubahan lokasi penganjuran sukan air itu adalah salah satu perancangan masa hadapan kerajaan negeri bagi mengurangkan kesesakan di Bandaraya Kuching terutama sewaktu pesta itu berlangsung.

Jelas beliau lagi, pemilihan kawasan Telaga Air itu juga diihat tepat kerana mempunyai lagun yang masih terpelihara berbanding sungai di kawasan waterfront yang semakin terhakis.

“Kita mempunyai lagun yang baik dan tidak terganggu di Telaga Air dan selepas perancangan pembangunan di Telaga Air selesai, kita boleh menganjurkan semua sukan air ini di Telaga Air.

“Telaga Air sama sahaja seperti (kawasan) Samarahan, terletak di kawasan lingkaran Kuching. Inilah perancangan masa hadapan (kerajaan negeri),” katanya lagi

Abdul Karim berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Asajaya 2024  di Kompleks Sukan Asajaya, hari ini.

Ditanya pemberita tempoh perpindahan penganjuran sukan air itu ke Telaga Air, Abdul Karim menjelaskan ia hanya akan berlaku selepas beberapa pembangunan di kawasan Telaga Air itu selesai.

Walaupun tidak dapat memberikan jangka waktu, Abdul Karim optimis penganjuran Pesta Regatta Sarawak akan berlaku di Telaga Air pada masa akan datang sambil menambah, perpindahan lokasi itu juga akan turut membantu mempromosikan potensi kawasan yang terletak di bawah lingkaran Bandaraya Kuching kepada pengunjung.

Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan