Search
Close this search box.
APMM Tanjung Manis berjaya menahan dua bot tempatan dalam satu operasi agensi itu pada Sabtu. Foto APMM Tanjung Manis

Dua bot tempatan ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS, 20 April: Dua bot tempatan ditahan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis, semalam

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata, tangkapan kira -kira jam 11 pagi itu adalah hasil komitmen dan kesungguhan Zon Maritim Tanjung Manis dalam usaha menguatkuasakan undang-undang di perairan Maritim Malaysia.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati setiap bot dikendali oleh seorang tekong dan dua awak-awak warga tempatan dalam lingkungan umur 21 hingga 57 tahun.

“Kedua-dua bot nelayan itu seterusnya dibawa ke Jeti Terminal Penumpang Tanjung Manis untuk tindakan lanjut.

“Kesemua mereka ditahan dan akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Maritim Malaysia menyarankan semua komuniti maritim agar mematuhi peraturan dan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Sehubungan itu, sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di laut dan kegiatan yang mencurigakan boleh dilaporkan secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-35728765 untuk tindakan segera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan