Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui media. Foto TVS

Kemudahan sukan di Limbang dan Lawas ditambah baik – Abdul Karim

ByRegina Lee

LAWAS, 27 April: Fasiliti sukan dan rekreasi di Bahagian Limbang dan Lawas akan dinaik taraf bagi meningkatkan mutu sukan di utara Sarawak susulan bahagian itu tidak dipilih untuk mengelola acara Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 atas kekangan fasiliti kemudahan sukan yang dimiliki.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setakat ini kerajaan negeri dalam proses perancangan dan pembinaan 17 hingga 18 kompleks sukan mini di bahagian tersebut.

“Penambahbaikan prasarana sukan seperti dewan suarah, kompleks sukan mini, stadium dan sebagainya memakan masa yang lama, jadi keutamaan diberikan kepada bahagian-bahagian lain yang sudah mempunyai kompleks sukan sedia ada yang besar.

“Kita juga mengharapkan wakil rakyat di kawasan masing-masing untuk melaksanakannya kerana sudah diberi dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk memastikan setiap kawasan mempunyai kemudahan prasarana tersebut.

“Sekiranya tidak dapat membangunkan projek berskala besar, kita bina ikut kesesuaian sebuah kawasan kerana kita mahu sukan menjadi budaya hidup rakyat,” katanya pada majlis perasmian Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXISarawak 2024 Bahagian Limbang hari ini.

Jelasnya, ini menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak tidak bersifat statik dalam berusaha meningkatkan fasiliti kemudahan tersebut.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan berkata, sektor pelancongan di Lawas juga akan dipertingkatkan bagi menarik minat orang luar untuk datang ke bandar itu.

“Selain isu logistik, Bahagian Limbang turut mempunyai penginapan dan rangkaian jalan raya yang terhad, menyukarkan lagi kemasukan orang luar ke sini.

“Kita akan pertingkatkan perkara lain seperti memperbanyakkan anjuran festival kebudayaan, kesenian dan makanan bagi menarik minat pelancong luar.

“Dengan adanya pelbagai acara menarik diadakan, kekerapan pesawat juga akan bertambah mengikut permintaan dan keperluan penumpang, seterusnya dapat menambah jumlah frekuensi keluar masuk pesawat ke Lawas,” katanya lagi.

Untuk rekod, sembilan bahagian di negeri akan mengelola acara SUKMA iaitu Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan