Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Dato Sri Julaihi Narawi dan Datuk Sharbini Suhaili pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sarawak Energy Berhad di Kuching, hari ini. Foto Aziz Solleh (TVS)

Affin Bank: Sarawak masih menunggu lampu hijau daripada Bank Negara Malaysia

BySteward Dawi

KUCHING, 2 Mei: Proses pengambil alihan majoriti pegangan saham dalam Affin Bank oleh Kerajaan Sarawak berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pada masa sekarang Kerajaan Sarawak masih menunggu kelulusan rasmi daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

“Setakat ini semua proses penting yang berkaitan sudah siap sepenuhnya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sarawak Energy Berhad (SEB) di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili.

Abang Johari menjelaskan, apabila Sarawak menjadi pemegang saham majoriti iaitu maksimum 32 peratus yang dibenarkan BNM, perubahan di dalam lembaga pengarah juga akan berlaku.

Beliau menambah saham kerajaan Sarawak di dalam Affin Bank akan diletakkan di bawah Sarawak Incorporated.

Sebelum ini, Affin Bank Bhd berkata pemegang saham utamanya, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengesahkan laporan bahawa tabung itu sedang berbincang dengan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak berkenaan kemungkinan urus niaga membabitkan saham tambahan dalam bank tersebut.

Terdahulu, Abang Johari berkata Sarawak berminat untuk melabur dalam institusi perbankan sebagai langkah membantu dan memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan aktiviti perniagaan di negeri ini.

Pemilikan saham dalam bank tersebut bakal melengkapkan ekosistem ekonomi Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan