Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Countdown 100 Days to SUKMA ke-21 Sarawak di sini, hari ini. Foto, TVS.

SUKMA 2024: Lima perkampungan sukan dikenal pasti

ByDouglas Elliot

KUCHING, 9 Mei: Lima lokasi perkampungan sukan telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai tempat penginapan atlet yang bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 Sarawak, Ogos ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kemudahan berkenaan akan menempatkan atlet-atlet daripada 15 kontinjen.

“Antara perkampungan sukan itu termasuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan, Desa Sanyan di Sibu dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Mukah.

“Sementara di Bintulu pula ialah di Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu serta Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Miri,” katanya ketika berucap pada Majlis Countdown 100 Days to SUKMA ke-21 Sarawak di sini, hari ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir.

Abdul Karim turut memaklumkan SUKMA Sarawak 2024 akan menghimpunkan lebih 12,619 orang daripada 15 kontinjen termasuk Brunei.

“Temasya kali ini juga akan diadakan di sembilan bahagian antaranya Kuching, Miri, Bintulu, Sibu dan Mukah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan