Search
Close this search box.
LOA akan dianugerahkan kepada kontraktor yang berjaya untuk melaksanakan pengubahsuaian dan pembinaan Pusat Seni Persembahan Sarawak. Foto TVS

Pembinaan Pusat Seni Persembahan Sarawak: LOA dianugerahkan awal bulan Mei ini

ByMuqri Aziz

KUCHING, 21 April: Satu Surat Anugerah (LOA) akan dianugerahkan kepada kontraktor yang telah berjaya untuk melaksanakan pengubahsuaian serta pembinaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Lama yang dijangka siap dalam jangka masa dua tahun setengah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menyaksikan majlis penyerahan surat LOA kepada kontraktor yang berjaya pada 2 Mei depan.

“Saya difahamkan satu konsortium empat syarikat akan terlibat dalam pembinaan dan juga mengubahsuai DUN Sarawak Lama kepada Pusat Seni Persembahan Sarawak serta Lapau yang disebelahnya.

“Kos pembinaan Pusat Seni Persembahan Sarawak adalah lebih RM100 juta dan kos itu ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 sempena Hari Terbuka Majlis Seni Sarawak (MSS) 2024 di Rumah Sarawak, di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan serta Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Sherrina Hussaini dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak, Dayang Mariana Abang Bolhassan.

Tahun lalu, Abdul Karim berkata, apabila pembinaan pusat seni itu siap dan beroperasi kelak, pusat berkenaan akan menjadi setaraf dengan Istana Budaya di Kuala Lumpur yang menggunakan teknologi canggih seperti teknologi hidraulik yang boleh dijadikan sebagai satu platform antarabangsa.

Pada masa sama, Abdul Karim yang juga Ahli Lembaga Pengarah MSS pada persidangan DUN Sarawak tahun lepas berkata, MSS juga akan menubuhkan Akademi Seni Sarawak (AKSES) dan telah menjalankan dua sesi ‘brainstorming’ dan program ‘benchmarking’ di Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam merealisasikan akademi tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan