Search
Close this search box.
(dari kiri) Aniq Ashwin Abuzar, Adriana Karim, Danial Akmal Abdul Wahab dan Amir Dzakwan Dzulzalani ketika ditemui TVS. Foto Faitullah Morni (TVS)

Belia kagum, puas hati tindakan Kerajaan Sarawak

ByEekbal Yusuf

LEEDS, 21 April: Pelajar-pelajar Sarawak yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara meluahkan rasa kagum dan sangat berpuas hati terhadap pentadbiran Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mahasiswa University of The West of England Bristol Aniq Ashwin Abuzar berkata, Kerajaan Sarawak sangat berperanan dalam memanfaatkan potensi besar yang dimiliki menerusi sumber alam semula jadi sambil disokong potensi yang dimiliki golongan muda.

Setiap tindakan serta perancangan yang ada, dilihat mampu melonjakkan ekonomi Sarawak pada masa akan datang.

Premier Sarawak luang masa bersama pelajar Sarawak di Leeds

“Alhamdulillah, kita sangat berbangga dengan kemajuan yang berlaku. Kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjaya membawa Sarawak ke arah pembangunan ekonomi baharu.

“Seluruh rakyat juga dapat memperoleh manfaat daripada setiap yang dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, bagi Mahasiswi University of Oxford Adriana Karim, inisiatif tenaga hijau yang diusahakan Kerajaan Sarawak dilihat tidak hanya mengurangkan kesan buruk ke atas alam sekitar, malah ia turut menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Saya sangat menghargai usaha sedemikian. Saya turut melihat adanya potensi besar yang dimiliki Sarawak dalam usaha ke arah tenaga hijau yang masih belum banyak diterapkan negara-negara lain,” katanya.

Persiap ekonomi baharu demi masa depan Sarawak

Bagi Mahasiswa University of Sheffield Danial Akmal Abdul Wahab pula, dalam setiap inistatif yang dilakukan, tumpuan juga perlu diberikan terhadap sumber tenaga yang diperlukan industri.

“Kerajaan perlu memfokuskan kepada pelaburan dan juga meningkatkan taraf kualiti sumber tenaga manusia,” katanya.

Katanya lagi, jumlah rakyat Sarawak di luar negara yang pulang ke negeri juga perlu terus ditingkatkan bagi memastikan kepakaran yang dimiliki dapat disumbang kepada agenda pembangunan negeri.

Senada dengannya, Mahasiswa University of Surrey Amir Dzakwan Dzulzalani berkata, kepakaran yang dimiliki bakat-bakat yang ada mampu membantu menyumbang kepada agenda pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan.

“Saya kagum dengan setiap yang dilaksanakan kerajaan Sarawak ketika ini. Saya mengaharapkan kerajaan akan terus mendapatkan khidmat rakyatnya yang berada di luar negara untuk membantu dalam pembangunan negeri,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan