Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik pelancaran Monumen Kilometer Sifar (KM0) Kuching malam ini. Foto UKAS

Juruukur Sarawak disaran laksana tugas melebihi tinjauan konvensional – Abang Johari

ByOdleen Catherny

KUCHING, 9 Mei: Juruukur di Sarawak disaran melaksanakan tugas melebihi tinjauan konvensional, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, ini penting bagi menyokong aspirasi Kerajaan Sarawak yang telah beralih ke arah ekonomi baharu yang lebih hijau.

Jelas beliau, di Bintulu sebagai contoh, Kerajaan Sarawak memiliki loji petrokimia menghasilkan metanol serta kemudahan jeti.

“(Namun) di sana keadaan gelombang agak kerap dan berterusan. Saya kira dengan kelajuan gelombang itu, kita mampu menghasilkan elektrik.

“Jadi anda (juruukur) kena tinjau kawasan itu, banyak kerja perlu dilakukan. Sesuatu yang baharu. Anda kena tinjau pergerakan arus di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 Institusi Juruukur Diraja Malaysia (RISM) Cawangan Sarawak bertemakan ‘Memperingati Juruukur di Sarawak’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kaedah menghasilkan tenaga menerusi gelombang sudah dilaksanakan di Perancis.

“Sekiranya Sarawak berjaya melakukannya, maka kita akan menjadi yang pertama melaksanakannya di sini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan