Search
Close this search box.
Persatuan Wartawan Sibu akan mengadakan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA), pada 21 Mei nanti.

SJA adakan sambutan Hawana untuk wartawan di Sibu

ByBernama

SIBU, 10 Mei: Persatuan Wartawan Sibu (SJA) akan mengadakan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA), pada 21 Mei nanti.

Presidennya Yii Souk Ming berkata sambutan tersebut, bersempena sambutan HAWANA 2024 yang akan diadakan di Kuching pada 25 hingga 27 Mei, namun tidak semua pengamal media di negeri itu dapat menyertainya berikutan tuntutan tugas masing-masing.

“Jadi SJA mengadakan satu majlis sambutan untuk ahli-ahlinya, bagi memperkukuhkan hubungan sesama kami,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Yii berkata majlis sambutan Pra-Gawai juga turut diadakan pada 21 Mei, bagi meraikan ahli-ahli SJA berketurunan Dayak, yang akan menyambut perayaan Gawai pada 1 Jun nanti.

“Turut diadakan ialah penyampaian insentif kepada anak-anak ahli yang masih bersekolah dan belajar di institusi pengajian tinggi, bagi memberi galakan kepada mereka untuk mencapai kecemerlangan di dalam pendidikan,” katanya.

HAWANA 2024 mengangkat tema ‘Etika Teras Kewartawanan Mapan’ dan lebih 1,000 pengamal media, wakil-wakil persatuan wartawan tempatan dan wakil media dari negara-negara anggota ASEAN, dijemput untuk bertukar-tukar idea serta menjalinkan hubungan strategik.

Pelbagai program dirangka bersempena sambutan itu antaranya Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024, bertemakan ‘Evolusi Media dalam Era Digital’ serta Program Jelajah Siswa yang merangkumi enam zon iaitu Sabah, Sarawak, Utara, Timur dan Selatan serta zon Tengah, dengan pelancarannya dijadualkan pada 24 Mei ini oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Kemuncak sambutan HAWANA 2024 akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei.

HAWANA 2024 merupakan perhimpunan terbesar wartawan Malaysia dan dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak, manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) ialah agensi pelaksana acara tahunan itu.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan