Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik pelancaran Monumen Kilometer Sifar (KM0) Kuching malam ini.

Abang Johari lancar Monumen Kilometer Sifar (KM0) Kuching

ByOdleen Catherny

KUCHING, 9 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik pelancaran Monumen Kilometer Sifar (KM0) Kuching malam ini.

Pelancaran itu sempena Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 Institusi Juruukur Diraja Malaysia(RISM) Cawangan Sarawak.

Monumen yang berketinggian dua meter dan tiga meter lebar itu bakal menjadi mercu tanda baharu di bandar raya ini.

Projek dilaksanakan oleh RISM Sarawak dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di tiga lokasi dicadangkan.

Terdahulu ketika berucap, Abang Johari Tun Openg menyarankan agar juruukur di Sarawak melaksanakan tugasan melebihi tugasan tinjauan konvensional.

Ia sebagai usaha menyokong inisiatif Kerajaan Sarawak yang beralih ke arah tumpuan ekonomi baharu yang lebih hijau.

Mengenai monumen terbabit, RISM Sarawak memaklumkan, ia mewakili titik dari jarak diukur, berfungsi sebagai rujukan untuk pelbagai lokasi, sama ada di bandar atau di seluruh negara.

“Mendapat inspirasi daripada Milliarium Aureum (Golden Milestone) Empayar Rom, yang dianggap sebagai titik permulaan simbolik pepatah ‘semua jalan menuju ke Rom’, penanda KM0 secara sejarah telah digunakan untuk mengukur jarak dalam kawasan bandar dan negara, secara tradisinya bermula dari ibu kota,” jelas RISM menerusi kenyataan media,

Turut hadir , Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr, Sim Kui Hian dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan