Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Jalan Tapang Sibu- Bintulu petang tadi. Foto Bomba

Seorang maut kemalangan babitkan dua lori di Jalan Tapang Sibu

SIBU, 9 Mei: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Jalan Tapang Sibu- Bintulu di sini, petang tadi.

Setakat ini identiti mangsa yang meninggal dunia masih belum disahkan.

Dua lagi mangsa berusia 24 tahun dan 36 tahun turut dilaporkan cedera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan pada pukul 5.50 petang tadi.

“Susulan itu lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sibu Jaya dikerah ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan dua buah lori. Sebuah lori melanggar belakang lori yang dipakir di tepi jalan raya.

“Dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba dan salah seorang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” kata PGO menerusi kenyataan.

Tambah PGO, mangsa yang meninggal dunia diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan