Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Penganggur ditahan kurang empat jam selepas curi motosikal di Sibu

SIBU, 9 Mei: Seorang lelaki yang ‘melarikan’ sebuah motosikal tengah hari tadi menerima padah apabila ditahan polis kurang empat jam selepas melakukan jenayah itu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan oleh anggotanya dengan kerjasama orang awam di kawasan semak berhampiran Jalan Kemuyang pada 3 petang tadi.

Sebelum itu katanya mangsa mengejar suspek selepas melihat motosikalnya dilarikan kira – kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Mangsa juga sempat merakam video ketika suspek melarikan motosikal.

“Sebaik menerima laporan, polis dari Bahagian Cawangan Kereta Peronda IPD Sibu telah berjaya mengesan suspek di Jalan Kemuyang,” katanya menerusi kenyataan media.

Katanya, suspek cuba melarikan diri ke kawasan semak dan meninggalkan motosikal di tepi jalan.

Zulkipli berkata, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Sibu Sentral sementara menunggu permohonan reman untuk siasatan lanjut.

“Suspek merupakan seorang penggangur dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaaan. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan