Search
Close this search box.
Beberapa barangan ditemukan oleh anggota TDM dan TNI yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran, tengah hari semalam.

Tentera Darat Malaysia patahkan cubaan seludup keluar barang keperluan di Ba’kelalan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 9 Mei: Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan kerjasama Tentera Nasional Indonesia (TNI) berjaya mematahkan cubaan menyeludup barang keperluan asas di Ba’kelalan, Sarawak semalam.

Menurut Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, sepasukan anggota yang menjalankan rondaan di Kampung Kunang Kelalan, Ba’kelalan yang terletak kira – kira 900 meter dari sempadan Indonesia mengesan pergerakkan mencurigakan kira – kira 12 tengah hari.

“Anggota tentera terdengar bunyi kenderaan dan
mendapati  dua orang awam melarikan diri sebaik melihat pasukan keselamatan menghampiri tempat itu,” kata markas berkenaan menerusi kenyataan media hari ini.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat barangan keperluan asas seperti tepung gandum seberat 60 kilogram (kg), minyak masak (30 kg), 24 botol minuman keras dan sembilan tin minuman keras ditinggalkan di situ.

Kesemua hasil rampasan itu dianggarkan berjumlah RM4,182.

“Laporan polis akan dibuat di Balai Polis Buduk Nur, Ba’kelalan untuk tindakan selanjutnya,” tambah kenyataan itu.

Kedua – dua suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Sehubungan itu TDM merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada anggotanya dan TNI yang berjaya menyekat penyeludupan barang-barang ke negara jiran.

“Operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti penyeludupan barangan ke negara jiran,” ujar kenyataan itu. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan