Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam gambar bersama 15 pelajar Sarawak selepas Majlis Makan Tengahari. Foto UKAS

Persiap ekonomi baharu demi masa depan Sarawak

ByEekbal Yusuf

LEEDS, April 20: Keperluan untuk Sarawak membangunkan ekonomi baharu adalah untuk menjamin masa depan yang cerah buat generasi muda.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kemahiran yang dimiliki generasi muda kini juga diperlukan untuk memastikan pelaksanaannya mendatangkan hasil.

Menyifatkan ekonomi baharu Sarawak sebagai ekonomi yang dibina atas sumber boleh diperbaharu, Sarawak katanya, memerlukan pemimpin baharu bagi memajukan ekonominya.

“Apa yang penting adalah untuk kita mencipta ekonomi yang tersedia untuk generasi seterusnya.

“Dengan kelayakan yang dimiliki, generasi muda mampu meletakkan diri mereka di barisan hadapan dalam keperluan industri,” katanya ringkas pada Majlis Makan Tengahari yang dihadiri kira-kira 15 pelajar Sarawak di sini.

Dalam perkembangan sama, katanya, kerajaan turut mempertimbang untuk menghantar pelajarnya ke luar negara.

Premier Sarawak luang masa bersama pelajar Sarawak di Leeds

Jelasnya, ia bagi membantu pelajar yang berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda untuk melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah.

Untuk rekod, Kerajaan Sarawak kini giat menjalankan program-program pembangunan ekonomi baharu berasaskan teknologi, data dan inovasi yang akan membawa ekonomi Sarawak ke satu tahap yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai jemputan oleh pihak di Eropah kepadanya untuk menjadi ahli panel forum di Poland, beliau berkata, ia membuktikan kebolehan Sarawak untuk mendahului di rantau ini khususnya dalam pembangunan hijau.

Pada forum itu kelak, beliau akan berkongsi pandangan mengenai pelan dan perspektif Sarawak dalam berhadapan dengan isu perubahan iklim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan