Search
Close this search box.
Persembahan Ramban daripada Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak di pentas Ramah Tamah Raya Majlis Seni Sarawak. Foto Muqri Aziz (TVS)

Rumah Sarawak satukan seni dan budaya semua kaum

ByMuqri Aziz

KUCHING, 20 April: Rumah Sarawak yang menjadi ibu pejabat Majlis Seni Sarawak (MSS) merupakan satu simbol dalam menyatupadukan seni dan budaya semua kaum yang ada di Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif MSS, Dayang Mariana Abang Bolhassan berkata, ia juga adalah bertepatan dengan objektif penubuhan MSS yang memperkasa seni dan budaya di Sarawak di bawah satu bumbung.

“Kalau kita lihat di Rumah Sarawak ini, ia mengumpulkan semua kaum di Sarawak seperti kaum Melayu, Iban, Cina, India, Orang Ulu, Bidayuh dan Melanau dan persekitaran yang berbilang kaum ini jelas bagaimana rumah ini dapat dilakukan.

“Ia secara tidak langsung mengeratkan silaturrahim antara Majlis Seni Sarawak dan penggiat-penggiat seni di Sarawak,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 sempena Hari Terbuka Majlis Seni Sarawak (MSS) 2024 di Rumah Sarawak, Kuching pada Sabtu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan timbalan menterinya Datuk Snowdan Lawan semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 sempena Hari Terbuka Majlis Seni Sarawak (MSS) 2024 di Rumah Sarawak, Kuching pada Sabtu. Foto Muqri Aziz (TVS)

Turut hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan timbalan menterinya Datuk Snowdan Lawan serta Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Sherrina Hussaini.

MSS menjadi sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak pada 1 September 2021 dan merupakan satu agensi bagi memperkasakan penglibatan masyarakat Sarawak dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian.

Penubuhan MSS juga adalah bagi menonjolkan kepelbagaian etnik Sarawak melalui platform seni dan budaya.

Pada masa sama, ia juga mempromosi, menaja dan mengalakkan pembangunan serta persembahan dalam pendidikan dan penyelidikan seni.

Hari Terbuka MSS 2024 telah dianjurkan sejak semalam (19 April) dengan pengisian pelbagai aktiviti antaranya persembahan Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) Junior, Pakaian Beragam Remaja dan Explore Rumah Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan