Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh ketika mengadakan lawatan di Pameran ‘Malaysian Borneo Unveiled: Harmony of Cultures, Nature, and Adventure’ di Secur Hall, Paris. Foto SFC

Pameran Malaysia Borneo tonjol budaya, khazanah semula jadi dan landskap pengembaraan di Paris

ByRegina Lee

PARIS, 27 Mac: Pameran ‘Malaysian Borneo Unveiled: Harmony of Cultures, Nature, and Adventure’ yang berlangsung di Secur Hall, Paris, memberikan gambaran keseluruhan mengenai aspek keharmonian budaya, khazanah semula jadi dan landskap pengembaraan yang terdapat di Malaysia.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, Sarawak berhasrat untuk terus memupuk kesedaran dan tindakan yang lebih besar ke arah pelancongan mampan dan pemuliharaan di rantau ini, dan menyasarkan Taman Negara Niah untuk dicatatkan sebagai Tapak Warisan Dunia (WHS) pada 2024.

Pameran itu menyasarkan untuk melibatkan delegasi melalui paparan yang meriah, pameran interaktif dan perbincangan, menonjolkan gabungan harmoni pelbagai budaya dan khazanah semula jadi di rantau ini.

“Objektif utama adalah untuk memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap warisan budaya, landskap, dan biodiversiti rantau ini, menggalakkan amalan pelancongan mampan dan penglibatan masyarakat dalam usaha pemuliharaan.

“Pameran ini sejajar dengan mandat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) meraikan warisan budaya yang pelbagai dan mempromosikan pembangunan mampan melalui usaha pemuliharaan,” kata kenyataan itu.

Pameran anjuran SFC dengan kerjasama Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO Paris, Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDeNR) Sarawak, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jabatan Warisan Negara Malaysia dan Jabatan Muzium Sarawak (SMD) itu telah dihadiri 100 delegasi yang diketuai Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Dengan memupuk kesedaran dan penghargaan, acara itu menggalakkan dialog antara budaya, menyumbang kepada misi UNESCO untuk mempromosikan keamanan dan saling menghormati.

Mengulas lanjut, SFC berkata, malam pameran dan resepsi terbukti sebagai acara yang memperkaya dan memberi inspirasi, membawa perwakilan bersama-sama meraikan kekayaan budaya, keindahan alam semula jadi, dan usaha pemuliharaan Sarawak dan Malaysia.

Pameran itu telah berlangsung dari 25 Mac dan berakhir hari ini menampilkan pakaian berwarna-warni, aksesori dan paparan video kepada pengunjung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan