Search
Close this search box.
Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bergelar juara Sumbangsih buat kali ketujuh berturut-turut selepas Selangor FC (SFC) kekal menarik diri daripada perlawanan pembukaan Liga Malaysia (Liga-M) itu yang sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor esok. Foto JOHOR Southern Tigers, (FB).

Perlawanan Sumbangsih batal, JDT diberi kemenangan ‘walkover’

ByBernama

SHAH ALAM, 9 Mei: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bergelar juara Sumbangsih buat kali ketujuh berturut-turut selepas Selangor FC (SFC) kekal menarik diri daripada perlawanan pembukaan Liga Malaysia (Liga-M) itu yang sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor esok.

Menurut Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan hari ini, keputusan Red Giants dimaklumkan dalam satu surat rasmi sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan itu diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0.

JDT harap Selangor timbang semula keputusan tidak hadir perlawanan

JDT turut memperoleh tiga mata bagi saingan liga oleh MFL memandangkan perlawanan Sumbangsih menyumbang kepada kutipan mata bagi Liga Super musim 2024/2025.

Kenyataan itu juga memaklumkan perkara-perkara lain berhubung penarikan diri SFC akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya.

Piala Sumbangsih 2024: Selangor FC tarik diri, utamakan keselamatan pasukan

Selasa lepas, SFC menghantar permohonan menangguhkan aksi Sumbangsih selepas bintang utamanya Mohamad Faisal Abdul Halim diserang dua individu tidak dikenali yang menyimbah asid ke tubuhnya.

Bagaimanapun MFL menolak permohonan SFC itu semalam, selepas mendapat jaminan keselamatan daripada pihak polis yang akan meningkatkan tahap keselamatan pada hari perlawanan.

Sultan Selangor titah segera siasat insiden berunsur keganasan babitkan Faisal Halim

SFC kemudiannya mengumumkan keputusan menarik diri selain keputusan itu turut mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan