Search
Close this search box.
Abdul Karim dan isteri bersama Rubiah Wang menyanyikan lagu Hari Raya. Foto TVS

Abdul Karim mahu isu pembaharuan lesen SMM2H diselesaikan

ASAJAYA, 20 April: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing menyelesaikan isu membabitkan lesen syarikat pengendali program Sarawak Malaysia My Second Home (SMM2H).

Jelas beliau, ketika ini terdapat beberapa syarikat yang mengendalikan program SMM2H yang telah menerima deposit dari pemohon namun berdepan masalah untuk menguruskan permohonan tersebut selepas lesen mereka tidak diperbaharui MOTAC dan jumlah syarikat terbabit bertambah mengikut tarikh tamat tempoh lesen pengendalian.

Keadaan ini katanya, akan memburukkan imej Malaysia dan Sarawak khususnya dalam usaha menarik perhatian rakyat dari luar negara untuk menjadikan Sarawak sebagai rumah kedua mereka.

‘Sekiranya Datuk Tiong mengatakan di Semenanjung ada masalah-masalah, selesaikan masalah tersebut tetapi jangan biarkan semua orang (pemohon dan pengendali program) menunggu.

“Kita kena memahami bahawa pemohon (SMM2H) bukan sahaja memohon di Malaysia tetapi juga mereka memohon dan akan mempertimbangkan semua negara lain di Asia Tenggara.

“Negara-negara juga akan cuba menggalakkan pemohon itu menjadikan negara mereka rumah kedua,” katanya menjawab soalan pemberita mengenai isu lesen pengendalian program SMM2H yang tidak diperbaharui oleh MOTAC sejak beberapa bulan lalu.

Dalam usaha menyelesaikan isu pembaharuan lesen terbabit, Abdul Karim menjelaskan, beliau telah menghubungi Tiong dan meminta Sarawak untuk dikecualikan dari karenah birokrasi ini.

Katanya lagi, syarikat pengendali program SMM2H di Sarawak tidak mempunyai masalah seperti didakwa Tiong kerana setiap pemohon dinilai oleh beliau sendiri bersama Pengarah atau wakil dari Jabatan Imigresen Sarawak-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan