Search
Close this search box.
Sarawak menyasarkan untuk muncul juara keseluruhan SUKMA 2024 yang berlangsung di tempat sendiri pada Ogos depan. Foto, Facebook Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sarawak beri amaran awal, mahu juarai SUKMA 2024

ByKimberly Dickson

KUCHING, 9 Mei : Sarawak ingin mencapai visinya muncul juara keseluruhan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 tahun ini yang bermula 17 hingga 24 Ogos depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, SUKMA 2024 dilihat sebagai waktu yang sesuai untuk Bumi Kenyalang kembali bergelar juara selepas kali terakhir melakukannya pada 1994 di Ipoh, Perak.

SUKMA 2024: Lima perkampungan sukan dikenal pasti

“(Sehubungan itu) atlet Sarawak harus menanam dalam hati serta sanubari mereka, keinginan untuk menang dan tidak mudah berputus asa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Countdown 100 Hari Menjelang SUKMA XXI Sarawak di sini hari ini.

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah serta Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu.

Abdul Karim turut menyeru semua atlet memanfaatkan baki 100 hari menjelang temasya dwitahunan itu untuk membuat persiapan rapi.

Pada majlis sama, Abdul Karim turut memaklumkan, edisi SUKMA 2024 akan mempertandingkan 37 acara sukan yang merupakan terbanyak dalam sejarah.

“Ketika Sarawak jadi tuan rumah pada 2016, kita anjurkan 28 acara, di Kuala Lumpur pada 2022, sebanyak 31 sukan.

“Kali ini 37 sukan dianjurkan yang melibatkan 488 acara iaitu 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 acara campuran,” katanya.

Beliau turut memaklumkan seramai 12,619 atlet dan pegawai dari 15 pasukan termasuk kontinjen jemputan, Brunei akan bersaing kali ini.

Ketika kali terakhir menjadi tuan rumah pada 2016, Sarawak muncul naib juara di belakang Selangor dengan meraih 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa.

Sarawak pernah muncul juara keseluruhan SUKMA sebanyak tiga kali iaitu masing – masing pada 1990 ketika menjadi tuan rumah, pada 1992 di Johor dan kali terakhir pada 1994 di Perak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan